ARIANI menawarkankan lebih 200 rekaan dan koleksi tudung esklusif yang direka oleh pereka dalamannya yang berpengalaman luas dalam rekaan tudung di peringkat antarabangsa dan menggunakan fabrik yang berkualiti yang diimport khas dari Itali, Perancis, Jerman dan Turki.

Setiap rekaan tudung yang dibuat akan disediakan kepada 100 warna dan 100 helai sahaja tiap-tiap satu.

Di Butik ARIANI, para pelanggan akan sentiasa berpuas hati dengan layanan mesra dari kakitangan yang berpengelaman. Bukan itu sahaja, para pelanggan akan diberikan khidmat nasihat dari segi pemilihan tudung yang sesuai mengikut pengunaannya serta teknik dan cara-cara pemakaian tudung akan diberikan secara percuma.