VISI & MISI

Ariani bermatlamat untuk sentiasa mendapat tempat dan menambat hati para pelanggan terutamanya di kalangan wanita bertudung masa kini.

  • Memberi perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan.
  • Menjamin kualiti fabrik, rekaan dan jahitan tudung serta manik dan sulaman untuk sentiasa memuaskan hati pelanggan.
  • Menjadikan ARIANI sebagai satu-satunya pembekal dan pusat tudung eksklusif yang terbaik dengan corak rekaan yang sentiasa moden dan terkini.
  • Memberi inspirasi kepada wanita masa kini khususnya beragama Islam yang mementingkan penampilan anggun,
    sopan dan bergaya.
  • Menjadikan tudung & selendang sebagai fesyen wanita tanahair.

Ariani akan sentiasa menjadi pelopor kepada dunia fesyen bertudung masa kini dan akan sentiasa menyediakan pelbagai koleksi terbaru ARIANI yang lebih eksklusif.