Profil Syarikat
ARIANI merupakan sebuah Butik Eksklusif Tudung dan Selendang milik penuh JAKEL, gedung eksklusif yang terkenal di Malaysia.
ARIANI di tubuhkan pada April 2008 yang memulakan operasi di cawangan pertamanya di No. 127 Jalan Bunus Off Jalan Masjid India Kuala Lumpur ( Berhadapan dengan JAKEL KUALA LUMPUR).
Kini ARIANI telah membuka 8 cawangan lain dengan dua cawangan di Jalan Bunus, Johor Bahru (bersebelahan JAKEL JB), Kota Damansara (The Strand) Bandar Baru Bangi, Melaka, Kuantan dan Kelantan.
Dalam masa terdekat, ARIANI akan membuka beberapa cawangan lagi, antaranya di Bangsar, Shah Alam, Wangsa Maju, dan ARIANI Eksklusif di City Garden Hotel.
Misi dan Visi
ARIANI berharap mendapat tempat dan menambat hati para pelanggan terutamanya wanita bertudung masa kini.
- Memberi perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan.
- Menjamin kualiti fabrik, rekaan dan jahitan tudung serta manik dan sulam akan sentiasa terjamin dan menambat hati pelanggan.
- Menjadikan ARIANI sebagai satu-satunya pembekal dan pusat tudung eksklusif yang terbaik dengan corak rekaan yang sentiasa moden dan terkini.
- Member inspirasi kepada wanita masa kini khususnya beragama Islam, yang mementingkan penampilan anggun dan bergaya.
Selain itu, ARIANI berharap menjadi pelopor kepada dunia fesyen bertudung masa kini dan akan sentiasa menyediakan pelbagai koleksi terbaru ARIANI yang lebih eksklusif.